Tuesday, 11 December 2012

Esei Kumpulan



Tajuk: ICT Dalam Pendidikan Isu Dan Cabaran Bagi Guru PJK


Kewujudan  teknologi maklumat seharusnya membawa kepada kepelbagaian cara pembelajaran, dan guru perlu mempunyai hubungan yang bercorak reflektif dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Pembelajaran dan pengajaran bukanlah dua proses yang terpisah, tetapi adalah proses reflektif di mana kedua-duanya perlu disesuaikan dan berfungsi secara bersama bersama-sama dengan situasi luaran yang sedia ada.

Para pendidik pasti tidak akan terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran dalam pengaplikasikan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran. Subjek pendidikan jasmani merupakan subjek yang perlu diberi perhatian dalam proses pembelajaran. Cabaran utama para guru ialah dalam memastikan para pelajarnya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia teknologi maklumat yang sentiasa maju kehadapan.

Ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam mana-mana subjek di sekolah menyebabkan pelajar merasakan sesuatu subjek itu stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan (PPK, 2004). Oleh itu guru pelatih harus memilih kaedah pengajaran dan pembelajarn yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk dipelajarai serta berguna untuk masa hadapan. Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru pelatih minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan ICT dalam subjek pendidikan jasmani menghadapi cabarannya yang tersendiri. Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah guru hendaklah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT sentiasa berjalan dengan baik dan lancar.
Dalam konteks ini, guru hendaklah mempunyai kemahiran yang cukup dalam mengendalikan peralatan-peralatan ICT . cabaran yang dihadapi ialah kemahiran tenaga pengajar untuk menggunakan peralatan ICT. Hal ini kerana, terdapat sebilangan guru yang masih tidak cekap menggunakan computer dan peralatan ICT seperti pemancar LCD, power point, video dan sebagainya.



Guru yang masih tidak cekap menggunakan perlatan ICT akan mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses P&P. Hal ini demikian, masa di dalam bilik darjah akan terbuang begitu sahaja. Suka untuk menyatakan proses perancangan pengajaran harian guru perlu lah sistematik barulah ia tidak membazir masa pada proses pengajaran.Selain itu,guru perlu meastikan para pelajar benar-benar menguasai subjek pendidikan jasmani melalui penggunaan ICT tanpa ada sebilangan pelajar yang ketinggalan.


Oleh itu, bimbingan guru diperlukan dalam membantu penguasaan pelajar menggunakan ICT. Hal ini kerana, terdapat sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kemahiran ICT terutamanya pelajar dari luar bandar ekoran daripada kurangnya pendedahan mengenai teknologi pada masa kini. Oleh hal demikian, guru perlulah memberi pendedahan yang khusus mengenai penggunaan ICT. Golongan pelajar hendaklah diberikan perhatian yang lebih supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.


Cabaran seterusnya ialah kurangnya prasarana dan jumlah perkakasan yang begitu terhad disesebuah sekolah terutamanya sekolah pendalaman. Hal ini boleh membataskan proses pengajran guru dikelas. Hal ini juga boleh mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak sistematik dan berkesan kerana kekurangan bahan bantu mengajar yang perlu ada di setiap sekolah. Para pelajar juga mudah cenderung dalam salahguna kemudahan ICT jika tidak dikawal dengan baik oleh guru. Hal ini akan menyukarkan proses penyampaian ilmu. Pelajar lebih cenderung menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman-laman yang tidak sepatutnya. Oleh itu, guru perlu lebih peka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal ataupom kelas dengan mengambil langkah berjaga-jaga.


Keputusan untuk menggunakan teknologi komunikasi dan informasi pula mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan di sekolah. Namun beberapa kajian menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam kerja-kerja mereka merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru mengintergrasikannya dalam pengajaran  (Pajeras, 2002).


           Sehubungan dengan perkara di atas,antara langkah bagi mengatasi isu tersebut ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan (PJK).Pelbagai alatan teknologi telah dicipta untuk kemudahan manusia kini.Malah terdapat juga alatan teknologi yang boleh digunakan dalam sukan.Oleh yang demikian ada diantara alatan tersebut boleh diaplikasikan penggunaannya dalam pembelajaran subjek (PJK).


Antara alatannya ialah Monitor Kadar Denyutan Jantung iaitu sejenis alat yg memantau intensiti denyutan jantung dgn menggunakan pengukuran automatik & peranti transmisi.Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu ear-clip devices,watch-like devices.Ia juga mempunyai ciri tambahan yang boleh diintegrasikan iaitu menggalakkan kerjasama kumpulan, ataupun sebagai kerja rumah kepada pelajar.

      Selain itu guru boleh menyediakan ubatan secara individu kepada ibu bapa untuk membantu anak mereka mencapai tahap kesihatan yang baik.Di samping itu keputusan denyutan jantung individu yang lepas digunakan untuk motivasi harian pelajar.melalui data yang terdapat di monitor, pelajar dapat menganalisis data dan merangka perkembangan dlm aktiviti fizikal.


       Seterusnya adalah penggunaan video.video kamera boleh digunakan untuk membangunkan kemahiran fizikal.Sebagai contoh guru boleh merekod permainan tenis dan kemudian menyuruh pelajar membuat analisis untuk peningkatan pemainan.Selain itu ia juga digunakan untuk membuat pratonton tentang persembahan model atau demonstrasi konsep.Di samping itu juga ia boleh digunakan untuk menunjukkan contoh semasa mengajar isu yang berkait dengan kesihatan seperti merokok, penagihan dadah, kurang nutrisi dan lain-lain lagi.

        Teknologi lain yang boleh diintegrasikan dalam PJK ialah perisian. Antaranya ialah Perisian Pendidikan Jasmani.Walaupun ia kurang terdapat di pasaran berbanding perisian lain namun guru masih boleh memperolehinya.ia mempunyai pelbagai kegunaan seperti memberi panduan kpd pelajar melalui aktiviti kesihatan,mengaplikasikan spreadsheet untuk  membuat kiraan & mengrafkan matlamat  mengikut individu dan kumpulan.Di samping itu pelajar boleh belajar undang-undang dalam permainan.


         Seterusnya perisian yang terdapat ialah Perisian Kesihatan.Di dalamnya terkandung program simulasi-menggunakan pengetahuan pelajar untuk menyelesaikan misteri kesihatan.Ia juga mengandungi pembelajaran tentang anatomi dan fisiologi manusia.Dalam pada itu pelajar juga dapat mengesan kesan-kesan sampingan penggunaan ubatan terhadap tubuh manusia.            .


         Selain daripada itu Teknologi Mudah Alih juga boleh diintegrasikan dalam PJK.Caranya adalah dengan menggunakan laptop untuk memaparkan keputusan terkini sukan iaitu pelajar boleh merekod data utk acara sukan terkini dan juga keputusan rasmi.Pelajar juga boleh membuat jadual pelawanan dengan lebih mudah dan teratur.


          Dalam pada itu pelajar boleh manggunakan Sumber Internet untuk mencari topik kesihatan yang berkaitan. Juga boleh mengakses video untuk memahami dengan lebih jelas tentang aktiviti fizikal yang dipelajari di padang.Pelajar boleh menggunakan laman web atau emel.Antara laman web yang berguna untuk PJK ialah seperti  American School Health Association (ASHA) (http://www.ashaweb.org/),Center for Disease Control (CDC)(http://cdc.org/) dan Center for Science in the Public Interest (http://www.CSPinet.org/)

No comments:

Post a Comment